Thursday 9 February 2012

APA SOLUSI YANG KITA ADA UNTUK MENANGANI PERMUSUHAN MALAYSIA-INDONESIA


assalamualaikum dan salam 1malaysia . Kini kita masuk pula ke bab jalan penyelesaian yang bisa sama2 kita ambil . Disini saya senaraikan beberapa solusi :

1) jika terkait soal budaya, fahami dulu salah silah satu2 kebudayaan yang diwarisi oleh kedua negara. buat kajian terperinci. fahami apa itu asimilasi dalam sebuah budaya. selalu lah ingat, UNESCO juga menyatakan bahawa "we may share expressions of intangible cultural heritage that are similar to those practised by others. Whether they are from the neighbouring village, from a city on the opposite side of the world, or have been adapted by peoples who have migrated and settled in a different region, they all are intangible cultural heritage" untuk bacaan lanjut sila rujuk link ini>> (http://www.unesco.org)

2) jadilah individu yang suka berfikir sebelum bertindak. ertinya jadilah manusia yang bijaksana. selalu lah ingat, jadilah pengadil yang adil.
Dilihat dari sudut pembahagian kerangka pokok ajaran Islam, adil termasuk dalam ruang lingkup akhlak.
Syed Qutub merumuskan pengertian adil sebagai sikap mutlak, tidak menunjukkan kecondongan cinta atau marah, tidak mengubah ketentuan oleh kerana kasih sayang atau benci. Adil itu tidak mempengaruhi pandangan kerana pertimbangan kekeluargaan, tidak menaruh kebencian antara kaum. Dan tidak membezakan manusia kerana bangsanya, keturunannya, hartanya, pangkatnya dan lain-lain. Antara satu dengan yang lain diperlakukan secara sama.” (Al-’Adalatul Ijtima’iyyah fil Islam)


Allah  berfirman bermaksud:
“Hai orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah  menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku tiada adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8)

SIAPA SEBENARNYA PROVOKATOR ATAU SI PEMBIKIN ULAH


salam kepada sekalian muslimin dan muslimat. berjumpa kita sekali lagi. kali ini kita bincangan topik siapa sebenarnya provokator atau si pembikin ulah. Mula2 kita lihat dulu erti kata provokasi. Mengikut definisi yang diberikan didalam kamus,1 a archaic : to arouse to a feeling or action b : to incite to anger2 a : to call forth (as a feeling or action) : EVOKEprovoke laughter> b : to stir up purposely provokea fight> c : to provide the needed stimulus for <will>provoke a lot of discussion. Jadi secara ringkas provokator dapat difahamkan sebagai seseorang yang suka bikin ulah. </will>

Saya dapat mengingat, kata2 ini amat sering diucap oleh pihak indonesia terutama di ajang AFF tahun 2010 yang lalu apabila supporter malaysia didakwa memprovoke timnas garuda tatkala bertandang di stadium bukit jalil untuk leg pertama final. Supporter malaysia dituduh bermain curang dengan melaser beberapa pemain mereka terutama penjaga gawang gol garuda , marcus haris maulana. Dan kemudian lemparan mercun ke padang permainan,hingga kononya memberi effect besar kepada konsentrasi dan corak mainan timnas indonesia. Akhirnya ia menjadi berita sensasi di negara republik itu. 

 Malah tak tanggung2 rata2 media disana sempat memberi peringatan awal atau nasihat awal agar mereka jangan jadi seperti supporter malaysia curang dan provokasi dengan bermain sinar laser. antara lain yang saya copas dari media alternatif dari sana >>
Semoga di partai kandang nanti Indonesia mampu membalikkan keadaan dan supporter Indonesia tidak melakukan hal yang sama seperti apa yang dilakukan suporter Malaysia. Bermain sportif untuk menang dengan hasil murni.


Namun apa yang ingin saya sampaikan disini adalah,  adakah provokasi hanya datang dalam satu keadaan sahaja. apakah provokasi dinilai hanya dengan 1)melaser 2) membaling mercun ke padang? Dan apa yang memushkilkan saya adalah, tindakan supporter indonesia dibabak kedua final AFF 2010 ternyata lebih parah. Dari awal ketibaan skuad harimau malaya,hingga ke hotel, waktu latihan dan hingga perlawanan di SGBK terus menerus di provokasi. jadi, persoalannya, mengapa mereka tidak menilai perbuatan terbabit sebagai salah satu cara memprovoke pihak lawan? untuk gambar berkaitan dan artikel berkaitan bole la rujuk link ini >> http://portalsukan.com/tag/malaysia-menentang-provokasi-indonesia-di-sukan-sea-2011/


selalu lah ingat, kesan dari provokasi yang melampau boleh merosakkan hubungan baik antara kedua-dua negara. malah ia akan memberi kesan jangka masa panjang. Sewajarnya satu2 masalah itu harus diteliti terlebih dahulu, bukan terus menghentam satu pihak sehingga seolah2 itulah punca utama kepada masalah. selalu lah ingat bahawa:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

HuraianPengajaran Hadith:i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

renung2kan dan selamat beramal ^__^

ISU PANAS: KATA INDON,MALON DAN MALING


Salam sejahtera dan salam 1malaysia sebagai pembuka bicara. Sepertimana yang kita sedia maklum, hubungan dua hala antara malaysia dan republik of indonesia sering saja memanas, walau atas isu2 remeh- temeh. Kali ini saya ingin mengupas isu kata indon,malon dan maling yang menjadi mainan bibir warga kedua negara. Baik, kita lihat terlebih dahulu kata indon. Kata ini menurut fahaman orang2 indonesia atau WNI,ia merujuk kepada budak jonggos  atau pun budak belian atau babu. Namun, sejauhmana pula kebenaran tafsiran makna untuk kata itu. Pada realitinya, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat membutuhkan khidmat tenaga kerja. Manakala, RI pula merupakan antara negara pengexport TK terbesar di dunia. Kita imbau kembali, seawal pada tahun 1980-an Malaysia mula mengkontrak TK dari pelbagai negara dan diantaranya adalah indonesia. Seperti hal nya dengan masyarakat dunia lain, masyarakat di malaysia juga punya bahasa pasar atau bahasa sehari-harian yang sangat berbeda dengan bahasa kebangsaan. Di malaysia, ibarat sudah menjadi kebiasaan apabila satu-satu kata atau perkataan ditutur dengan mengunakan singkatan sahaja. Mari kita ambil contoh: Engkau (bahasa kebangsaan) ,menjadi ko (bahasa pasar), malaysia (bahasa kebangsaan), menjadi mesia ( bahasa pasar), dan begitu hal nya dengan indonesia (bahasa kebangsaan ), menjadi indon ( bahasa pasar). Jadi, pada hemat saya, ada kemungkinan TKW dan TKI yang kerja di malaysia apabila pulang ke kampung halaman membawa kabar jika mereka dipanggil indon bagi menganti kata diri buat mereka. sedangkan majoritas TKI2 yang ada di malaysia banyak mengisi sektor pembantu rumah tangga, pekerja kilang atau pun buruh kasar. Nah, inilah menjadi pemicu kesalafahaman pengertian kata indon terhadap wNi yang ada di RI. hingga kini, kata indon buat WNi menjadi satu pemantang. Dan ini dapat kita lihat bilamana, pihak pemerintah indonesia membantah salah satu akhbar di malaysia yang mana telah mengunakan kata indon untuk melaporkan berita terkait dengan negara terbabit. Malah, di lelaman social juga , facebooker dari indonesia juga merasa rimas jika diri mereka dipanggil indon.

Kita beralih pula kepada pengunaan kata malon dan maling yang sering diungkap oleh warganegara indonesia kepada rakyat malaysia dan negara. apa itu malon? malon mengikut fahaman saya adalah orang yang buruk perangai.suka berbuat onar. manakala, maling pula membawa erti pencuri atau perampok. Kenapa kata2 ini diucap kepada malaysian? hal ini bertitik tolak dari pelbagai isu. antara lain nya, adalah isu, kononnya malaysia mencuri atau klaim/menuntut budaya asli mereka sebagai budaya warisan negara malaysia, isu pertukaran hak milik pulau sipadan dan ligitan, dan juga pulau ambalat yang hingga kini masih belum sampai di titik noktahnya. Tambahan lagi, malaysia juga dikatakan antara negara yang tersenarai sebagai salah satu negara penyiksa TKI yang tertinggi antara negara2 lain. Apatah lagi, perasaan benci atau anti kepada malaysia telah bermula sejak zaman pemerintahan seokarno pada 20 januari 1963. Dan ini diburukkan lagi dengan pemberitaan songsang oleh media2 arus perdana dan alternatif disana.

Nah, terus bagaimana kedua negara ini boleh mencapai satu titik persetujuaan untuk damai jika masing-masing saling caci mencaci,jelek menjelek. sebenarnya,hal ini dapat dihindarkan atau saja bisa didik. Kita semua baik orang malaysia mahupun orang indonesia hidup didalam lingkungan tamadun ketimuran . Tamadun ketimuran pula jika dilihat latar belakangnya penuh dengan amalan hidup yang luhur dan murni iaitu dari turun temurun kita diajar untuk mematuhi adat dan adap apabila berada didalam kelompok masyarakat. Disamping itu, majoritas penduduk malaysia dan indonesia adalah penganut agama islam. islam pula mengajarkan erti perbaduan dan hidup harmoni. begitu halnya dengan ajaran agama2 lain,yang tidak kurang menitik beratkan soal ketinggian moral. Jadi, sebagai bangsa timur,kita sewajarnya memartabatkan jadi diri kita sebagai orang timur. menjadi penganut agama yang taat pada perintah agama. belajar untuk saling memahami dan selalu lah mengkaji kesilapan sendiri.

malah, kerajaan malaysia juga tidak putus2 mengadakan kempen budi bahasa. semoga rakyat malaysia akan sama2 mendukung kempen ini.Jadilah kita rakyat malaysia kelas pertama:-
Rakyat Kelas Pertama
Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.
Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat  Malaysia semakin luntur.>> http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/5697-budi-bahasa-budaya-kita.html


Menjadi kebiasaan bagi orang yang ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau.
Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat.
Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggilmemanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim “
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta”ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.
Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya”
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta”ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : ” Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji “
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : ” Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam “
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “
Allah ta”ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.
Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat“”Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri ” iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan.”

APA PUNCA PERSETERUAN MALAYSIA - REPUBLIK INDONESIA


salam sejahtera kepada non-muslim dan assalamualaikum kepada sekalian muslimin dan muslimat. Kali ini saya ingin mengupas dan mengungkapkan punca permusuhan dua negara serumpun ini. Sebenarnya bila atau kapan tercetuskan permusuhan ini? Permusuhan keduanya mula terlihat jelas tatkala era konfrontasi indonesia-malaysia. Menurut wikipedia,
Konfrontasi Indonesia-Malaysia atau yang lebih dikenal sebagai Konfrontasi saja adalah sebuah perang mengenai masa depan Malaya,Brunei, Sabah dan Sarawak yang terjadi antara Federasi Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962 hingga 1966.
Perang ini berawal dari keinginan Federasi Malaya lebih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1961 untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak kedalam Federasi Malaysia yang tidak sesuai dengan Persetujuan Manila oleh karena itu Keinginan tersebut ditentang oleh Presiden Soekarno yang menganggap pembentukan Federasi Malaysia yang sekarang dikenal sebagaiMalaysia sebagai "boneka Inggris" merupakan kolonialisme dan imperialisme dalam bentuk baru serta dukungan terhadap berbagai gangguan keamanan dalam negeri dan pemberontakan di Indonesia.

Namun, ada sesetangah pihak pula mengatakan, permusuhan malaysia-indonesia terjadi dek kerana pihak ketiga. siapa pula pihak ketiga itu? menurut beberapa sumber, pihak terbabit adalah orang2 yang mendukung freemanson. Dan dikalangan mereka pula adalah penjajah kedua2 negara itu sendiri,iaitu Belanda dan British. Katanya lagi, pihak penjajah ini mula menyelitkan agenda hitam mereka dan startegi gelap mereka didalam sistem pentadbiran negara masing2 dari awal penempatan dan penjajahan mereka di malaysia dan RI. memandangkan hal ini terlalu panjang untuk dirungkaikan,saya sisipkan sahaja link berkaitan untuk rujukan anda. http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

Dari sisi lain pula, permusuhan ini sentiasa memanas adalah dikeranakan oleh isu2 yang sering dibangkitkan oleh pihak seberang (indonesia).Antara isu yang sering dimainkan adalah penyiksaan TKI, pengklaiman atau tuntutan budaya warisan, pulau dan isu2 semasa seperti kasus rumahtangga manohara dan tengku fakry,sukan,pencaplokan wilayah dikalimantan,pencerobohan ambalat,pencerobohan nelayan,makanan kadarluasa tatkala tsunami di aceh dan etc.. Apa yang lebih parah, isu2 ini menjadi mainan biasa oleh media2 sekular disana. Berita atau isu yang sama akan diulang2 baik dalam laporan berita di dada2 koran mereka atau didalam station televisi.Selain itu, tindakan agresif Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menghantar kapal perang, kapal selam serta jet pejuang ke kawasan tuntutan juga telah menegangkan lagi keadaan. Lantas, demontrasi jalanan mula semarak hampir disetiap ceruk tanah indonesia.