Thursday 9 February 2012

APA SOLUSI YANG KITA ADA UNTUK MENANGANI PERMUSUHAN MALAYSIA-INDONESIA


assalamualaikum dan salam 1malaysia . Kini kita masuk pula ke bab jalan penyelesaian yang bisa sama2 kita ambil . Disini saya senaraikan beberapa solusi :

1) jika terkait soal budaya, fahami dulu salah silah satu2 kebudayaan yang diwarisi oleh kedua negara. buat kajian terperinci. fahami apa itu asimilasi dalam sebuah budaya. selalu lah ingat, UNESCO juga menyatakan bahawa "we may share expressions of intangible cultural heritage that are similar to those practised by others. Whether they are from the neighbouring village, from a city on the opposite side of the world, or have been adapted by peoples who have migrated and settled in a different region, they all are intangible cultural heritage" untuk bacaan lanjut sila rujuk link ini>> (http://www.unesco.org)

2) jadilah individu yang suka berfikir sebelum bertindak. ertinya jadilah manusia yang bijaksana. selalu lah ingat, jadilah pengadil yang adil.
Dilihat dari sudut pembahagian kerangka pokok ajaran Islam, adil termasuk dalam ruang lingkup akhlak.
Syed Qutub merumuskan pengertian adil sebagai sikap mutlak, tidak menunjukkan kecondongan cinta atau marah, tidak mengubah ketentuan oleh kerana kasih sayang atau benci. Adil itu tidak mempengaruhi pandangan kerana pertimbangan kekeluargaan, tidak menaruh kebencian antara kaum. Dan tidak membezakan manusia kerana bangsanya, keturunannya, hartanya, pangkatnya dan lain-lain. Antara satu dengan yang lain diperlakukan secara sama.” (Al-’Adalatul Ijtima’iyyah fil Islam)


Allah  berfirman bermaksud:
“Hai orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah  menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku tiada adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8)

1 comment:

  1. Genesis : Sega - Youtube | VODL.CC
    Video Games » Video Games » Sonic & Knuckles » Sonic & Knuckles » Sega - Sega CD » Sonic » - Genesis » Sonic Games » Sonic Games » Sonic The Hedgehog » youtube to mp3 online Sega.

    ReplyDelete