salam sejahtera kepada non-muslim dan assalamualaikum kepada sekalian muslimin dan muslimat. Kali ini saya ingin mengupas dan mengungkapkan punca permusuhan dua negara serumpun ini. Sebenarnya bila atau kapan tercetuskan permusuhan ini? Permusuhan keduanya mula terlihat jelas tatkala era konfrontasi indonesia-malaysia. Menurut wikipedia,
Konfrontasi Indonesia-Malaysia atau yang lebih dikenal sebagai Konfrontasi saja adalah sebuah perang mengenai masa depan Malaya,Brunei, Sabah dan Sarawak yang terjadi antara Federasi Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962 hingga 1966.
Perang ini berawal dari keinginan Federasi Malaya lebih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1961 untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak kedalam Federasi Malaysia yang tidak sesuai dengan Persetujuan Manila oleh karena itu Keinginan tersebut ditentang oleh Presiden Soekarno yang menganggap pembentukan Federasi Malaysia yang sekarang dikenal sebagaiMalaysia sebagai "boneka Inggris" merupakan kolonialisme dan imperialisme dalam bentuk baru serta dukungan terhadap berbagai gangguan keamanan dalam negeri dan pemberontakan di Indonesia.
Namun, ada sesetangah pihak pula mengatakan, permusuhan malaysia-indonesia terjadi dek kerana pihak ketiga. siapa pula pihak ketiga itu? menurut beberapa sumber, pihak terbabit adalah orang2 yang mendukung freemanson. Dan dikalangan mereka pula adalah penjajah kedua2 negara itu sendiri,iaitu Belanda dan British. Katanya lagi, pihak penjajah ini mula menyelitkan agenda hitam mereka dan startegi gelap mereka didalam sistem pentadbiran negara masing2 dari awal penempatan dan penjajahan mereka di malaysia dan RI. memandangkan hal ini terlalu panjang untuk dirungkaikan,saya sisipkan sahaja link berkaitan untuk rujukan anda. http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/
Dari sisi lain pula, permusuhan ini sentiasa memanas adalah dikeranakan oleh isu2 yang sering dibangkitkan oleh pihak seberang (indonesia).Antara isu yang sering dimainkan adalah penyiksaan TKI, pengklaiman atau tuntutan budaya warisan, pulau dan isu2 semasa seperti kasus rumahtangga manohara dan tengku fakry,sukan,pencaplokan wilayah dikalimantan,pencerobohan ambalat,pencerobohan nelayan,makanan kadarluasa tatkala tsunami di aceh dan etc.. Apa yang lebih parah, isu2 ini menjadi mainan biasa oleh media2 sekular disana. Berita atau isu yang sama akan diulang2 baik dalam laporan berita di dada2 koran mereka atau didalam station televisi.Selain itu, tindakan agresif Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menghantar kapal perang, kapal selam serta jet pejuang ke kawasan tuntutan juga telah menegangkan lagi keadaan. Lantas, demontrasi jalanan mula semarak hampir disetiap ceruk tanah indonesia.
No comments:
Post a Comment