Thursday 9 February 2012

SIAPA SEBENARNYA PROVOKATOR ATAU SI PEMBIKIN ULAH


salam kepada sekalian muslimin dan muslimat. berjumpa kita sekali lagi. kali ini kita bincangan topik siapa sebenarnya provokator atau si pembikin ulah. Mula2 kita lihat dulu erti kata provokasi. Mengikut definisi yang diberikan didalam kamus,1 a archaic : to arouse to a feeling or action b : to incite to anger2 a : to call forth (as a feeling or action) : EVOKEprovoke laughter> b : to stir up purposely provokea fight> c : to provide the needed stimulus for <will>provoke a lot of discussion. Jadi secara ringkas provokator dapat difahamkan sebagai seseorang yang suka bikin ulah. </will>

Saya dapat mengingat, kata2 ini amat sering diucap oleh pihak indonesia terutama di ajang AFF tahun 2010 yang lalu apabila supporter malaysia didakwa memprovoke timnas garuda tatkala bertandang di stadium bukit jalil untuk leg pertama final. Supporter malaysia dituduh bermain curang dengan melaser beberapa pemain mereka terutama penjaga gawang gol garuda , marcus haris maulana. Dan kemudian lemparan mercun ke padang permainan,hingga kononya memberi effect besar kepada konsentrasi dan corak mainan timnas indonesia. Akhirnya ia menjadi berita sensasi di negara republik itu. 

 Malah tak tanggung2 rata2 media disana sempat memberi peringatan awal atau nasihat awal agar mereka jangan jadi seperti supporter malaysia curang dan provokasi dengan bermain sinar laser. antara lain yang saya copas dari media alternatif dari sana >>
Semoga di partai kandang nanti Indonesia mampu membalikkan keadaan dan supporter Indonesia tidak melakukan hal yang sama seperti apa yang dilakukan suporter Malaysia. Bermain sportif untuk menang dengan hasil murni.


Namun apa yang ingin saya sampaikan disini adalah,  adakah provokasi hanya datang dalam satu keadaan sahaja. apakah provokasi dinilai hanya dengan 1)melaser 2) membaling mercun ke padang? Dan apa yang memushkilkan saya adalah, tindakan supporter indonesia dibabak kedua final AFF 2010 ternyata lebih parah. Dari awal ketibaan skuad harimau malaya,hingga ke hotel, waktu latihan dan hingga perlawanan di SGBK terus menerus di provokasi. jadi, persoalannya, mengapa mereka tidak menilai perbuatan terbabit sebagai salah satu cara memprovoke pihak lawan? untuk gambar berkaitan dan artikel berkaitan bole la rujuk link ini >> http://portalsukan.com/tag/malaysia-menentang-provokasi-indonesia-di-sukan-sea-2011/


selalu lah ingat, kesan dari provokasi yang melampau boleh merosakkan hubungan baik antara kedua-dua negara. malah ia akan memberi kesan jangka masa panjang. Sewajarnya satu2 masalah itu harus diteliti terlebih dahulu, bukan terus menghentam satu pihak sehingga seolah2 itulah punca utama kepada masalah. selalu lah ingat bahawa:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

HuraianPengajaran Hadith:i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

renung2kan dan selamat beramal ^__^

No comments:

Post a Comment