Salam sejahtera dan salam 1malaysia sebagai pembuka bicara. Sepertimana yang kita sedia maklum, hubungan dua hala antara malaysia dan republik of indonesia sering saja memanas, walau atas isu2 remeh- temeh. Kali ini saya ingin mengupas isu kata indon,malon dan maling yang menjadi mainan bibir warga kedua negara. Baik, kita lihat terlebih dahulu kata indon. Kata ini menurut fahaman orang2 indonesia atau WNI,ia merujuk kepada budak jonggos atau pun budak belian atau babu. Namun, sejauhmana pula kebenaran tafsiran makna untuk kata itu. Pada realitinya, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat membutuhkan khidmat tenaga kerja. Manakala, RI pula merupakan antara negara pengexport TK terbesar di dunia. Kita imbau kembali, seawal pada tahun 1980-an Malaysia mula mengkontrak TK dari pelbagai negara dan diantaranya adalah indonesia. Seperti hal nya dengan masyarakat dunia lain, masyarakat di malaysia juga punya bahasa pasar atau bahasa sehari-harian yang sangat berbeda dengan bahasa kebangsaan. Di malaysia, ibarat sudah menjadi kebiasaan apabila satu-satu kata atau perkataan ditutur dengan mengunakan singkatan sahaja. Mari kita ambil contoh: Engkau (bahasa kebangsaan) ,menjadi ko (bahasa pasar), malaysia (bahasa kebangsaan), menjadi mesia ( bahasa pasar), dan begitu hal nya dengan indonesia (bahasa kebangsaan ), menjadi indon ( bahasa pasar). Jadi, pada hemat saya, ada kemungkinan TKW dan TKI yang kerja di malaysia apabila pulang ke kampung halaman membawa kabar jika mereka dipanggil indon bagi menganti kata diri buat mereka. sedangkan majoritas TKI2 yang ada di malaysia banyak mengisi sektor pembantu rumah tangga, pekerja kilang atau pun buruh kasar. Nah, inilah menjadi pemicu kesalafahaman pengertian kata indon terhadap wNi yang ada di RI. hingga kini, kata indon buat WNi menjadi satu pemantang. Dan ini dapat kita lihat bilamana, pihak pemerintah indonesia membantah salah satu akhbar di malaysia yang mana telah mengunakan kata indon untuk melaporkan berita terkait dengan negara terbabit. Malah, di lelaman social juga , facebooker dari indonesia juga merasa rimas jika diri mereka dipanggil indon.
Kita beralih pula kepada pengunaan kata malon dan maling yang sering diungkap oleh warganegara indonesia kepada rakyat malaysia dan negara. apa itu malon? malon mengikut fahaman saya adalah orang yang buruk perangai.suka berbuat onar. manakala, maling pula membawa erti pencuri atau perampok. Kenapa kata2 ini diucap kepada malaysian? hal ini bertitik tolak dari pelbagai isu. antara lain nya, adalah isu, kononnya malaysia mencuri atau klaim/menuntut budaya asli mereka sebagai budaya warisan negara malaysia, isu pertukaran hak milik pulau sipadan dan ligitan, dan juga pulau ambalat yang hingga kini masih belum sampai di titik noktahnya. Tambahan lagi, malaysia juga dikatakan antara negara yang tersenarai sebagai salah satu negara penyiksa TKI yang tertinggi antara negara2 lain. Apatah lagi, perasaan benci atau anti kepada malaysia telah bermula sejak zaman pemerintahan seokarno pada 20 januari 1963. Dan ini diburukkan lagi dengan pemberitaan songsang oleh media2 arus perdana dan alternatif disana.
Nah, terus bagaimana kedua negara ini boleh mencapai satu titik persetujuaan untuk damai jika masing-masing saling caci mencaci,jelek menjelek. sebenarnya,hal ini dapat dihindarkan atau saja bisa didik. Kita semua baik orang malaysia mahupun orang indonesia hidup didalam lingkungan tamadun ketimuran . Tamadun ketimuran pula jika dilihat latar belakangnya penuh dengan amalan hidup yang luhur dan murni iaitu dari turun temurun kita diajar untuk mematuhi adat dan adap apabila berada didalam kelompok masyarakat. Disamping itu, majoritas penduduk malaysia dan indonesia adalah penganut agama islam. islam pula mengajarkan erti perbaduan dan hidup harmoni. begitu halnya dengan ajaran agama2 lain,yang tidak kurang menitik beratkan soal ketinggian moral. Jadi, sebagai bangsa timur,kita sewajarnya memartabatkan jadi diri kita sebagai orang timur. menjadi penganut agama yang taat pada perintah agama. belajar untuk saling memahami dan selalu lah mengkaji kesilapan sendiri.
malah, kerajaan malaysia juga tidak putus2 mengadakan kempen budi bahasa. semoga rakyat malaysia akan sama2 mendukung kempen ini.Jadilah kita rakyat malaysia kelas pertama:-
Rakyat Kelas Pertama
Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.
Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.>> http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/5697-budi-bahasa-budaya-kita.html
Menjadi kebiasaan bagi orang yang ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau.
Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat.
Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggilmemanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11)
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim “
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta”ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.
Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya”
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta”ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : ” Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji “
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : ” Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam “
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “
Allah ta”ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.
Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat“”Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri ” iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan.”
Malon itu kepanjangan dari Malaysia blo'on. Blo'on = Silly.
ReplyDeleteMemang miris ketika melihat komentar" antara warganegara Indonesia sama Malaysia, kebanyakan komentar" itu menyesakkan hati. Heran aku, kenapa Indonesia sama Malaysia yang masih satu rumpun Melayu selalu saja berdebat. Aku pikir hubungan Indonesia/Majapahit dan Malaysia/Malaya dulu baik" saja sebelum datang nya bangsa Eropa. Tapi, aku tidak bisa juga menyalahkan orang" Eropa ataupun bangsa lainnya. Tapi menurut aku pribadi, Indonesia-Malaysia jarang akur karena kesalah pahaman atau adu domba dari pihak lain.
Salam dari saudaramu, Indonesia.
How to Play Casino Games With Real Money - DRMCD
ReplyDeleteWith a casino game, you can play slots or table games for 창원 출장마사지 fun. 광양 출장마사지 The 강원도 출장샵 casino software developer is well known in the gaming 계룡 출장샵 world and has been able to provide 제주도 출장샵
Sebenarnya ya, kita telah di paradox diperbodoh², dipengaruhi pimpinan ( umaraq) dan bijak pandai agama (ulamaq) kita sendiri untuk kepentingan mereka, lalu di ajar dan dipimpin oleh mereka ini nyang menerima pengajian ilmu luar cara hidup barat nyang tidak berasaskan ketimuran dan lain kerana aturcara itu itu sendiri mengajarkan untuk *pecah dan perintah* bukan seperti kehendak ALLAH SWT iaitu *bersatu dan memimpin* terjadinya pula kuasa beli di antara negara menjadi parah lagi kerana kepadatan penduduk berbeza, tidak akan berlaku perkara seperti ini jika para ulamak dan umaraq mempunyai adat, adab, akhlak, aqidah iman nyang baik .......
ReplyDeleteWALLAHU AQLAM BISSOWAB........